Bright Berries adalah pusat terapi dan pendidikan khas di Kuala Lumpur yang berdedikasi membantu kanak-kanak berkembang mengikut potensi unik mereka.
Dengan pendekatan penuh kasih sayang dan keprihatinan, kami menyokong perkembangan komunikasi, emosi, sosial serta keyakinan diri dalam suasana yang selamat dan mesra kanak-kanak.
Konsultasi TempahanUntuk Ibu Bapa
Sebagai ibu bapa, anda mungkin pernah merasa risau apabila melihat perkembangan anak yang berbeza daripada kanak-kanak lain. Mungkin anak anda lambat bercakap, sukar memberi tumpuan, atau menghadapi kesukaran untuk berinteraksi dan memahami persekitaran sekeliling. Setiap hari terasa penuh persoalan — adakah ini normal, atau anak saya memerlukan bantuan khusus?
Perasaan ini adalah sesuatu yang sangat difahami. Ramai ibu bapa melalui kebimbangan yang sama, dan ia bukan sesuatu yang perlu dihadapi sendirian. Dengan sokongan, bimbingan dan intervensi yang tepat, setiap anak mempunyai peluang untuk berkembang, membina keyakinan diri dan mencapai potensi mereka dengan cara yang tersendiri.
Pendekatan Holistic dan Berkualiti
Persekitaran yang Selamat
Ahli Terapi dan Guru yang Terlatih, Berkemahiran Serta Berpengalaman
Kemudahan yang Lengkap dan Kondusif
Ratio yang Rendah
Bright Berries merupakan pusat terapi dan pendidikan khas di Taman Melati, Kuala Lumpur yang berpegang kepada prinsip “Mendidik dengan Cinta, Mendukung dengan Peduli” dalam setiap pendekatan kepada kanak-kanak.
Kami memberi fokus kepada perkembangan menyeluruh kanak-kanak, termasuk komunikasi, emosi, sosial dan keyakinan diri, agar mereka dapat membesar dengan lebih yakin dan berdikari.
Setiap kanak-kanak mempunyai keunikan tersendiri. Oleh itu, setiap program disusun secara individu mengikut tahap perkembangan dan keperluan mereka dalam persekitaran yang selamat, terancang dan mesra kanak-kanak.
Dengan gabungan tenaga pendidik dan ahli terapi berpengalaman, Bright Berries menggabungkan pembelajaran akademik dan sokongan terapi secara seimbang bagi membantu anak-anak mencapai potensi mereka secara optimum.
Daripada pengurusan hingga guru dan terapis, setiap individu memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan anak secara menyeluruh.
MOHD AZREEY BIN AZNAN
KETUA PEGAWAI OPERASI
RAMZILA BT RAMLAN
KOORDINATOR
NUR SYAHIRAH BT MAZLI
TERAPI
NUR AIN ILLANI BT NASROL
TERAPI
NURHANINAH BT BOB
TERAPI
NUR ANIS SABRINA BT KARAMI
SEN TEACHER
MOHAMAD ZULKHAIRI BIN ABDULLAH
SEN TEACHER
PERKHIDMATAN KAMI
Early Intervention Program (EIP)
Program awal untuk membantu kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan dari segi komunikasi, tingkah laku dan pembelajaran
Individual Educational Program (IEP)
Pelan pembelajaran khas yang disesuaikan mengikut keperluan setiap anak untuk membantu mereka belajar dengan lebih efektif.
Occupational Therapy
Membantu anak meningkatkan kemahiran motor, fokus dan keupayaan melakukan aktiviti harian dengan lebih baik.
Speech Therapy
Membantu anak bercakap, memahami bahasa dan berkomunikasi dengan lebih jelas dan yakin.
Physical Therapy
Meningkatkan kekuatan fizikal, keseimbangan dan pergerakan untuk menyokong perkembangan motor anak.
Behavior Therapy
Membantu anak mengurus tingkah laku dan emosi dengan lebih baik dalam kehidupan seharian.
After School Care Program
Program sokongan selepas sekolah untuk membantu anak terus belajar dan berkembang dalam persekitaran yang selamat.
Preschool Montessori
Pendekatan pembelajaran awal yang membantu anak belajar melalui pengalaman, penerokaan dan aktiviti praktikal.
Setiap kanak-kanak berkembang dengan cara yang berbeza. Memahami cabaran yang mereka hadapi adalah langkah pertama untuk membantu mereka membina keyakinan diri dan kemahiran penting dalam kehidupan.
Autism
Autism adalah keadaan perkembangan yang mempengaruhi cara kanak-kanak berkomunikasi, berinteraksi dan memahami dunia sekeliling. Setiap anak dengan autism mempunyai keunikan tersendiri dan memerlukan pendekatan yang berbeza.
ADHD
ADHD merupakan keadaan yang mempengaruhi fokus, kawalan diri dan tahap aktiviti kanak-kanak. Anak mungkin sukar memberi tumpuan atau cenderung aktif secara berlebihan dalam situasi tertentu.
Speech Delay
Speech delay berlaku apabila kanak-kanak mengalami kelewatan dalam perkembangan pertuturan dan bahasa. Ini boleh mempengaruhi keupayaan mereka untuk berkomunikasi dan memahami arahan.
Dapatkan konsultasi bersama therapist kami untuk memahami keperluan dan perkembangan anak anda.
Konsultasi Tempahan
Isi maklumat anda dan team kami akan hubungi untuk membantu memahami keperluan anak anda