Di Bright Berries, kami percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan dengan potensi yang unik dan berharga. Oleh itu, pendidikan awal yang berkualiti bukan sekadar memberi pengetahuan akademik, tetapi merupakan proses membentuk insan yang berakhlak, berdikari, berilmu dan bersedia menghadapi cabaran kehidupan pada masa hadapan.
Berteraskan konsep Pendidikan Integrasi Islam, Bright Berries menggabungkan pendidikan akademik awal, pembangunan sahsiah, kemahiran kehidupan, pengukuhan fungsi motor, komunikasi, numerasi serta penghayatan nilai-nilai Islam dalam satu ekosistem pembelajaran yang holistik dan seimbang. Pendekatan ini bertujuan melahirkan generasi khalifah yang bukan sahaja cemerlang dari aspek intelektual, malah mempunyai jati diri Muslim yang kukuh serta mampu menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara.
Kurikulum kami dibangunkan berdasarkan lima teras utama pembelajaran yang saling melengkapi iaitu Kehidupan Praktikal, Pengukuhan Fungsi Motor, Bahasa dan Komunikasi, Numerasi dan Kemahiran Berfikir serta Integrasi Pengetahuan Islam dan Umum. Melalui pendekatan pembelajaran berpusatkan kanak-kanak, setiap murid diberi peluang untuk meneroka, mencuba, berfikir dan belajar mengikut tahap perkembangan masing-masing dalam suasana yang selamat, menyeronokkan dan bermakna.
Selaras dengan aspirasi pendidikan abad ke-21, Bright Berries turut menekankan pembangunan kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kreativiti, komunikasi, penyelesaian masalah, kerjasama dan pengurusan emosi. Kemahiran ini dipupuk secara berperingkat melalui aktiviti harian, pembelajaran berasaskan pengalaman serta interaksi sosial yang positif.
Dengan slogan “Membina Generasi Khalifah Berilmu, Berdikari dan Berakhlak Mulia”, Bright Berries
komited untuk menjadi rakan pendidikan yang dipercayai oleh ibu bapa dalam membentuk generasi masa
hadapan yang seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi, sosial dan fizikal, selaras dengan tuntutan
Islam dan keperluan dunia moden.
Di sinilah bermulanya perjalanan seorang khalifah
Menjadi Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang unggul dalam melahirkan generasi khalifah yang berilmu, berakhlak, berdikari dan berdaya saing.
Kehidupan Praktikal
(Practical Life)
Kanak-kanak dilatih dan dibimbing untuk menjalani kehidupan harian seperti kebiasaan manusia biasa. Aktiviti harian seperti pengurusan makan minum, mandi, berpakaian dan lain-lain dilatih bagi memastikan kanak-kanak mempunyai daya berdikari sendiri untuk menjalani kehidupan harian. Selain itu, ia dapat meningkatkan koordinasi motor dan melatih daya fokus dan disiplin.
Pengukuhan Fungsi Motor
(Functioning Motor)
Kanak-kanak diberikan pendedahan tentang fungsi motor bagi membantu mereka mengasah kemahiran pemerhatian dan pemikiran yang logik. Aktiviti seperti mengasingkan warna, mengenal struktur, menyusun objek mengiku saiz sangat membantu dalam memperkuatkan lagi fungsi motor.
Literasi
(Literature)
Kemahiran komunikasi dengan menggunakan bahasa yang betul dan sesuai diterapkan agar kanak-kanak mudah untuk berkomunikasi di dunia luar. Aktivit asas seperti mengenal bunyi, huruf dan menyususn perkataan diajar bagi membantu kanak-kanak bercakap dan bertutur dengan baik. Kemahiran ini bukan sahaja penting untuk komunikasi malah terpakai juga untuk sesi pendidikan di peringkat yang lebih tinggi.
Numerasi
(Numerature)
Seawal umur 3 tahun kanak-kanak diperkenalkan dengan konsep matematik melalui bahan manipulatif yang konkrik. Tujuannya adalah untuk kanak-kanak memahami konsep asas nombor secara konkrik. Aktiviti seperti penganalan nombor dan operasi tambah dan tolak yang asas sangat membantu kanak-kanak dalam membina pemikran yang logik dan penyelesaian masalah.
Integrasi Pengetahuan Islam
(Islamic Integrated)
Pendedahan tentang dunia sekeliling seperti sains asas, teknologi, seni muzik dan lain-lain sangat membantu kana-kanak dalam mengembangkan perasaan ingin tahu dan belajar sesuatu yang baharu. Dengan penerapan Asas ilmu agama yang kuat serta aplikasi penghayatan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian, ia membantu membina jati diri yang kuat kepada kanak-kanak.
Teras Pendidikan Khalifah
Modul Khalifah Berdikari
Modul Minda Kreatif
Modul Literasi & Komunikasi
Modul Numerasi & STREAM
Modul Khalifah Rabbani
Umur 4 hingga 6 tahun
Half-Day Program
Extend Program
Full-Day Program
Isi maklumat anda dan team kami akan hubungi untuk membantu memahami keperluan anak anda