Di Bright Berries, kami percaya bahawa setiap kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai potensi yang unik untuk berkembang apabila diberikan pendidikan yang sesuai, persekitaran yang menyokong serta bimbingan yang konsisten.
Sebagai sebuah Pusat Pendidikan Khas, kami menyediakan program pendidikan yang komprehensif dan disesuaikan mengikut keperluan setiap murid. Kami memahami bahawa tiada dua individu yang mempunyai corak perkembangan yang sama. Oleh itu, setiap murid diberikan pelan pembelajaran yang dirancang secara individu melalui Individualised Education Plan (IEP) berdasarkan kekuatan, keperluan dan matlamat perkembangan mereka.
Pendekatan kami bukan sekadar mengajar kemahiran akademik, malah memberi penekanan kepada pembangunan komunikasi, kemahiran sosial, tingkah laku positif, regulasi sensori, pengurusan diri serta kemahiran kehidupan harian yang diperlukan untuk meningkatkan tahap berdikari dan kualiti hidup murid.
Kami komited untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna melalui gabungan aktiviti berstruktur, pembelajaran secara praktikal dan pemantauan perkembangan yang berterusan. Setiap sesi dirancang agar murid bukan sahaja memperoleh pengetahuan, tetapi juga mampu mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian.
Menjadi Pusat Pendidikan Khas yang unggul dalam membangunkan potensi individu berkeperluan khas melalui pendidikan berkualiti, intervensi berstruktur dan sokongan berterusan.
Fungsi Perkembangan Akademik
(Kognitif)
Membangunkan kemahiran akademik yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian, bukan sekadar menguasai silibus. Kanak-kanak didedahkan dengan perkembangan asas seperti membaca, mengira, menulis serta pengukuhana Kemahiran berfikir dannpenyelesaian masalah. Kanak-kanak mampu menggunakan kemahiran akademik dalam situasi sebenar seperti membaca papan tanda, mengira baki wang atau mengisi maklumat asas.
Perkembangan Komunikasi
Meningkatkan kebolehan kanak-kanak menyampaikan keperluan, memahami arahan dan berinteraksi dengan orang lain. Kemahiran seperti Bahasa reseptif, Bahasa ekspresif, perbualan 2 hala, soal jawab dan lain-lain lagi diterapkan kepada kanak-kanak bagi membantu penguasaan komunikasi berkesan kanak-kanak.
Perkembangan Sosial dan Emosi
Membantu kanak-kanak membina hubungan sosial yang positif serta mengurus emosi dengan baik. Aktiviti seperti turn taking, eye contact, sharing, kawalan emosi serta penyelesaian konflik dideahkan kepada kanak-kanak agar mereka mampu berinteraksi secara positif dengan rakan, guru dan ahli keluarga.
Perkembangan Tingkah Laku
Membentuk tingkah laku yang sesuai untuk pembelajaran, kehidupan harian dan interaksi sosial. Kanak-kanak akan focus untuk mengikut arahan, kawalan kendiri, tingkah laku positif, tingkah laku social dan lain-lain lagi bagi menunjukkan tingkah laku positif dan megawal tingkah laku mencabar.
Regulasi Sensori
Membantu kanak-kanak mengurus keperluan sensori agar lebih fokus dan bersedia untuk belajar. Aktiviti lebih ke arah vestibular, tactile, deep pressure, sensory calming dan sensory alerting sangat membantu kanak-kanak agar mereka lebih mudah untuk tenang, focus serta memberi tumpuan yang berkesan ketika belajar.
Kemahiran Kendiri dan Kemahiran Hidup Harian
Kedua-dua Kemahiran ini sangat penting dalam memastikan kanak-kanak boleh menguruskan diri sendiri secara berdikari serta membentuk Kemahiran asas kehidupan harian agar mampu berfungsi dengan baik di dalam komuniti. Aktiviti seperti toilet training, makan dan minum, mandi, persiapan diri dan lain-lain dilatih secara konsisten dan berterusan. Manakala aktiviti Kemahiran harian seperti pengurusan masa, sosial, mengemas, penyediaan makanan dan lain-lain lagi.
Perkembangan Fungsi Motor
Mengukuhkan kemahiran motor halus dan motor kasar bagi menyokong aktiviti pembelajaran dan kehidupan harian. Kombinasi aktiviti motor halus seperti pegangan pensel, menggunting, mewarna, koordinasi mata dan tangan manakala aktiviti motor kasar seperti berlari, melompat, kesimbangan sangat penting dalam membantu kanak-kanak menunjukkan koordinasi dengan baik sekaligus dapat melaksanakan aktiviti harian dengan lebih yakin.
Rutin Kelas
Membantu kanak-kanak bersedia untuk pembelajaran formal, persekitaran sosial dan kehidupan dalam komuniti. Aktiviti seperti pembelajaran kendiri, tingkah laku umum, playgroup dan lain-lain menyokong persediaan untuk belajar dalam pelbagai persekitaran dan berinteraksi secara positif dalam komuniti.
BB adalah merupakan pusat perkembangan & terapi anak-anak yang menawarkan program Pendidikan Berkeperluan Khas yang Holistik tidak terhad kepada akademik sahaja tetapi menyeluruh dan mengikut tahap perkembangan individu anak-anak.
Program Intervensi Awal (Early Intervention Program)
Program Pendidikan Individu (Individual Education Program)
Program Jagaan Selepas Sekolah (After School Care Program)
Sesi Terapi Individu (Therapy Session) Occupational Therapy, Speech Therapy, Behavioral Therapy, Physical Therapy
Program intervensi awal merujuk kepada langkah-langkah pendidikan dan sokongan yang diberikan kepada kanak-kanak dengan keperluan khas atau risiko perkembangan yang terlambat, yang dilaksanakan pada usia muda (biasanya sebelum usia 6 tahun). Tujuan utama program ini adalah untuk mengenal pasti dan menangani masalah perkembangan seawal mungkin, seterusnya mengurangkan kesan jangka panjang terhadap perkembangan akademik, sosial, dan fizikal kanak-kanak tersebut.
Komponen Utama Program
Kelebihan
Program intervensi individu adalah merujuk kepada penyediaan pelan sokongan pendidikan yang disesuaikan dengan keperluan unik setiap anak-anak. Program ini lebih tertumpu kepada anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran. Program ini lebih berkofuskan kepada anak-anak yang mempunyai kesukaran dalam memberi perhatian di dalam kelas. Selain itu, aktiviti tambahan juga disediakan untuk meningkatkan prestasi pengetahuan kanak-kanak ke tahap yang optimum.
Komponen Utama Program
Kelebihan
Terapi tatacara kerja adalah terapi yang bertujuan untuk membantu individu mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk melakukan aktiviti harian dengan lebih berkesan. Bagi kanak-kanak dengan keperluan khas, terapi ini membantu meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus, pengurusan diri, dan penyelesaian masalah. Contohnya, kemahiran pengurusan diri, kemahiran bersosial, kemahiran bermain dan aktiviti berkaitan dengan masa lapang.
Komponen Utama Terapi
Kelebihan
Terapi percakapan adalah terapi yang membantu individu mengatasi masalah berkaitan dengan komunikasi dan pertuturan. Ini termasuk kesukaran dalam memahami bahasa, bercakap, membaca, dan menulis. Terapi ini sering digunakan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam perkembangan bahasa atau gangguan komunikasi lain.
Komponen Utama Terapi
Kelebihan
Terapi fizikal adalah terapi yang fokus kepada pemulihan pergerakan dan peningkatan fungsi fizikal individu. Ia digunakan untuk merawat masalah motorik kasar, kelemahan fizikal, atau kecederaan yang mempengaruhi kemampuan pergerakan. Bagi kanak-kanak dengan keperluan khas, terapi fizikal membantu mereka membangun kekuatan, keseimbangan, dan koordinasi.
Komponen Utama Terapi
Kelebihan
Terapi perilaku merujuk kepada intervensi yang menggabungkan pendekatan tingkah laku dengan terapi fizikal untuk membantu individu dengan keperluan khas mengatasi tingkah laku yang tidak diingini sambil meningkatkan kemampuan fizikal mereka. Ia bertujuan untuk menangani masalah yang berkaitan dengan tingkah laku (seperti agresif, tidak sopan, atau tingkah laku yang menghalang pembelajaran) yang mungkin timbul akibat kesukaran motor atau kelemahan fizikal. Terapi ini sering digunakan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah perkembangan motor kasar (seperti keseimbangan, koordinasi) dan tingkah laku yang berkaitan.
Komponen Utama
Kelebihan
Program selepas sekolah merujuk kepada aktiviti atau sokongan yang diberikan selepas waktu sekolah untuk membantu kanak-kanak dengan keperluan khas terus berkembang dan belajar dalam persekitaran yang menyokong. Program ini sering disediakan sebagai lanjutan daripada pembelajaran di dalam kelas untuk memperkukuh kemahiran yang dipelajari sepanjang hari atau memberi ruang untuk kemahiran sosial, fizikal, dan kognitif diperkukuhkan.
Komponen Utama
Kelebihan
Isi maklumat anda dan team kami akan hubungi untuk membantu memahami keperluan anak anda